Program ICON Junior Game Salad
27 Oktober 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini adalah di bawah anjuran MDEC (Multimedia Development Corporation) dengan kerjasama Pusat Internet Selising (PI Selising), Pusat Khidmat Masyarakat DUN Selising (selisingkita) dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh (PPD) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah terhadap bidang pembangunan aplikasi dan kandungan kreatif. Program ini diadakan selama 1 bulan bermula pada:
Tarikh: 26 Oktober – 28 November 2015
Hari: Setiap Hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis
Masa: 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Pusat Internet Selising
Program ini melibatkan beberapa buah sekolah di daerah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Machang dan sekolah di kawasan DUN Selising terdiri daripada SMK Kubang Telaga, SK Tualang Tinggi, SMK Bukit Jawa, SMK Dato' Perdana, SK Bukit Jawa 1, SM Sains Machang, SMUTIS, SMK Selising, SMK Kamil, SMU(A) Lepah, SMK Putera, SK Bukit Jawa 2, SK Kampung Berangan, Maahad Saniah, SMK(A) Tok Bachok dan ahli PI Selising penyertaan seramai 500 orang pelajar selama 4 minggu.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Pengenalan Konsep Pembangunan Aplikasi dan Game Engine Construct 2
- Workshop Penciptaan Permainan
- Pembangunan Aplikasi Permainan di Dalam Kumpulan
- Pembentangan Hasil Pembangunan Aplikasi Permainan
- Majlis Penutup, Penyampaian Hadiah dan Sijil
VIP yang hadir:
- YB Zulkifle Bin Ali
- Wakil Multimedia Development Corporation
- Pengetua Sekolah Menengah Selising
- Pengetua Sekolah Menengah Bukit Jawa
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: